Kisah Di Sebalik Rasa
Our Sacred Heritage
Every great brand begins with a story.
Bagi Ayam Kampung Haji Ahmad, cerita itu bermula di sebuah kampung yang tenang di Rawang, Selangor. Haji Ahmad, imam Kampung Kenanga, dikenali sebagai seorang yang tegas dalam prinsip tetapi lembut hati terhadap masyarakat. Beliau sering menjadi tempat rujukan penduduk kampung, bukan sahaja dalam urusan agama, malah dalam kehidupan seharian.
Di rumahnya, beliau memelihara ayam-ayam kampung yang dibiarkan bebas mencari makan di halaman. Ayam-ayam itu bukan sekadar ternakan, tetapi sebahagian daripada kehidupan keluarga. Haji Ahmad juga terkenal kerana sangat cerewet tentang masakan. Baginya, makanan bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi perlu segar, dimasak dengan teliti dan mempunyai rasa yang seimbang.
Ada masanya, apabila usia semakin lanjut, beliau akan memilih sendiri seekor ayam kampung peliharaannya untuk dijadikan hidangan keluarga, dimasak mengikut resipi keluarga yang diwarisi turun-temurun, penuh rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.
Daripada kenangan itulah lahirnya inspirasi Ayam Kampung Haji Ahmad, membawa semangat seorang imam kampung yang mementingkan kejujuran, kualiti dan kesederhanaan. Setiap hidangan dihasilkan dengan harapan agar pelanggan dapat menikmati rasa yang mengingatkan mereka kepada masakan rumah: ikhlas, lazat dan penuh kasih sayang.
In honour of Haji Ahmad, Imam of Kampung Kenanga, Rawang